Monday 6 February 2012

PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

Golongan remaja boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai masalah atau hal yang mengganggu mereka, dengan lebih mudah dan lebih berkesan lagi. Di tiap-tiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima dan membina perhubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. Pengaruh rakan sebaya dapat mempengaruhi golongan remaja ini. Oleh itu, dengan latihan dan asuhan yang sesuai, Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah diwujudkan di sekolah. Nama-nama lain yang mempunyai sama konsep dengan PRS ialah Kaunselor Sebaya, Tutor Sebaya, Mentor Sebaya, Buddy, Kakak/Abang Angkat atau Kelompok Sebaya Sokongan.


No comments: