Wednesday 19 October 2011

Sejarah Penubuhan PRS

1.Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang
Jaya, SMK Aminuddinbaki ,Kuala Lumpur, SM Sains Selangor,
Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya.
Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan
februari 1986 hingga bulan November 1986.

2. Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada
Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB
sekarang). Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian
Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor yang
telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di
beberapa buah sekolah lagi.

3. Rentetan laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19
hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah
Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan
Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah
dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan.
Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi
elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program
Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba diperingkat
sekolah.

4. IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke
8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk
Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan
ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi
menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi
jurulatih peringkat negeri.

5. Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal
kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh
Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah,
Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan
dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian
Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

6. Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta
terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan
Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus
tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan
disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan
Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis
Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut
Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.

7. Jabatan Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini
dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus
Teragih diperingkat negeri masing-masing.

7.1 Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf
modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke
semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan
panduan.

7.2 Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras
program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah
dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di
peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang
sama iaitu
· Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program
PRS
· Teknik tafsiran keperluan
· Teknik-teknik latihan.
· Teknik penilaian program
· Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran
kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan
kemahiran lanjutan yang spesifik.
· PRS dari perspektif Islam

7.3 Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul

No comments: