Wednesday 26 October 2011

12 amalan cemerlang pelajar


TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:


1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah’ dengannya.
Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti.
Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.
Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.
3. Bertekad dan sabar
Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

4. Pengurusan masa
Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

5. Istiqamah dengan jadual harian
Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

6. Tidak mudah kecewa.
Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain.
Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

8. Berdoa.
Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

9. Mementingkan kesenangan jangka panjang.
Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

10. Memikirkan pengorbanan keluarga.
Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

11. Mencari rakan berdisiplin.
Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

12. Sedikit tetapi berterusan.
Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.

Friday 21 October 2011

Untuk Memberi Semangat

Minda separa sedar kita menurut apa saja yang kita katakan. Bahkan, minda respon pada setiap apa yang ada di fikiran.
Anda boleh menggunakan cara ini untuk menjadi bersemangat. Simple saja, cuma mulakan dengan ayat “aku mahu..”
Misalnya,
“Aku mahu bersemangat hari ini”
“Aku mahu jadi bertenaga saat ini”
“Aku mahu banyak idea bila mula menulis blog malam ini”
Selepas itu, bayangkan di fikiran yang Anda menjadi seperti apa yang anda mahu.
Bila Anda mahu jadi orang yang bersemangat, bayangkan di minda yang Anda menjadi bersemangat, Anda nampak diri Anda melangkah dengan penuh bersemangat!.
Teknik ini sangat ringkas tapi berkesan kerana Anda memberi arahan terus pada minda supaya menukarkan diri Anda menjadi bersemangat, emosi bertukar menjadi energetik, penuh dengan tenaga, sepenuh yang mungkin, setinggi yang mungkin.
Ingat, bayangan di minda mesti sama dengan apa yang ada fikiran, baru semangat itu tercetus secara automatik.
Dah tahu teknik ni, mula berlatih sekarang juga!

Ikrar Pembimbing Rakan Sebaya


BAHAWA KAMI,
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA,
BERIKRAR AKAN MELAKSANAKAN TUGAS
BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT;
MEMBINA BUDAYA KASIH MESRA DAN SALING
MEMBANTU DI KALANGAN WARGA SEKOLAH
MEMBINA KEYAKINAN DIRI DAN MENGHAYATI
NILAI-NILAI MURNI BERASASKAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
MEMUPUK POTENSI KEPIMPINAN,
MENJADI PELAJAR YANG BERTIMBANG RASA,
DAN HIDUP SELESA DALAM MASYARAKAT MAJMU
DAN
MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEKOLAH

Wednesday 19 October 2011

LAGU PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
MENAWAR KHIDMAT BAKTI
MENJANA KEGEMILANGAN
WAWASAN NEGARA

KAMI BERDIRI MEGAH
DENGAN TEKAD DAN HARAPAN
MEMBANTU DAN MEMBIMBING
PENUH KASIH MESRA

PRS PEMANGKIN
MASYARAKAT PENYAYANG
BERILMU BERAMAL
BENTUK JATI DIRI

AMANAH DIBERI
JANJI DITEPATI
AMALAN MULIA JADIKAN PANDUAN

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SIAP SEDIA BERJASA
MEMBANTU DAN MEMBINA
HIDUP YANG BERMAKNA

Sejarah Sekolah

Sekolah Tinggi Batu Pahat telah bermula pada tahun 1914. Pada waktu itu, sekolah tersebut adalah sebuah sekolah yang merupakan sekolah Inggeris pertama di negeri Johor yang telah didirikan dengan nama Government English School (GES) di kaki Bukit Bendera, yang kini menjadi tapak bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan gelanggang tenis di Jalan Pejabat, Batu Pahat. Bangunan sekolah itu hanyalah merupakan sebuah pondok papan yang berbumbungkan atap.

Barisan Pentadbir Sekolah 2011  





En. Misli Rosbadi
Pengetua SMK Tinggi Batu Pahat


En. Shidan Ramli
GPK Pentadbiran
En. Lutfi Radhi
GPK HEM
En. Shukor Saim
GPK Ko-kurikulum



Sejarah Penubuhan PRS

1.Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang
Jaya, SMK Aminuddinbaki ,Kuala Lumpur, SM Sains Selangor,
Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya.
Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan
februari 1986 hingga bulan November 1986.

2. Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada
Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB
sekarang). Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian
Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor yang
telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di
beberapa buah sekolah lagi.

3. Rentetan laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19
hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah
Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan
Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah
dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan.
Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi
elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program
Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba diperingkat
sekolah.

4. IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke
8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk
Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan
ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi
menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi
jurulatih peringkat negeri.

5. Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal
kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh
Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah,
Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan
dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian
Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

6. Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta
terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan
Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus
tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan
disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan
Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis
Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut
Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.

7. Jabatan Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini
dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus
Teragih diperingkat negeri masing-masing.

7.1 Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf
modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke
semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan
panduan.

7.2 Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras
program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah
dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di
peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang
sama iaitu
· Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program
PRS
· Teknik tafsiran keperluan
· Teknik-teknik latihan.
· Teknik penilaian program
· Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran
kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan
kemahiran lanjutan yang spesifik.
· PRS dari perspektif Islam

7.3 Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul

Maklumat Guru Bimbingan & Kaunseling

En. Hamidon Said
Kaunselor 1
"Manusia Itu Unik"
Seorang kaunselor yang petah berbicara..
Mampu membuatkan org menitiskan airmata...


Tn. Hj. Abd. Rahman B. Cik
Kaunselor 2
"Masa Itu Emas"
Seorang yang 'cool' dan tenang


Maklumat Sekolah

VISI SEKOLAH

'SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG'

MISI SEKOLAH

'MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI"

MATLAMAT SEKOLAH


SMK Tinggi Batu Pahat berhasrat melahirkan insan berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berwawasan yang berdaya saing dan berdaya tahan tinggi dalam menangani tuntutan-tuntutan ke arah pencapaian wawasan 2020 sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berlandaskan Rukun Negara.


OBJEKTIF SEKOLAH

  • Keunggulan Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah pelajar.
  • Pengukuhan keterampilan kepimpinan
  • Suasana sekolah yang kondusif dan selamat
  • Pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan
  • Perhubungan sekolah-rumah- komuniti yang baik dan mesra.


    PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

    Kami berjanji akan:-
    • Sentiasa mesra pelanggan
    • Memberi komitmen sepenuhnya kepada 'Stake Holder'
    • Mewujudakan persekitan harmoni
    • Memberi pendidikan yang holistik kepada pelajar
    • Bersedia memberi kerjasama kepada komuniti setempat
                                                                       MOTO SEKOLAH

    NUNC AUT NUNQUAM
    NOW OR NEVER
    KINI ATAU KECEWA


    BILANGAN PELAJAR
    SMK Tinggi Batu Pahat mempunyai pelajar seramai 1058 yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu (559), Cina (458), India (42) dan lain-lain (1).

    Maklumat Unit Bimbingan & Kaunseling

    PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


    -> Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa
    mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.

    -> Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan
    berdasarkan etika PRS.

    DEFINISI

    Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam
    bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai
    seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka
    yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan
    menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang
    peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela
    serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

    RASIONAL

    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system
    pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang
    luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu
    khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab
    pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan
    perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang
    terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan
    perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

    ->Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung
    keperluan khidmat yang makin bertambah.

    -> Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan
    bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.

    -> Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya
    secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan kearah perlakuan
    positif.

    -> Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan
    saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak
    dinyatakan kepada orang dewasa.

    FALSAFAH

    “BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

    PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan,
    kemahiran, kreativiti dan keimanan.

    VISI

    Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang
    dan berkualiti.

    MISI

    Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi,
    Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing
    Rakan Sebaya.

    MATLAMAT

    ->Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan
    pelajar.

    ->Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni
    berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

    ->Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang
    peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa
    dalam masyarakat majmuk.

    -> Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS
    dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah
    salahlaku dikalangan pelajar.

    OBJEKTIF


    1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi
    akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

    2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan
    kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan
    PRS.

    3. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka
    berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.

    4. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan
    program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

    ETIKA PRS


    PRS perlu patuh kepada etika berikut:

    1. Amanah dan menyimpan rahsia.
    2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
    3. Tahu batasan dan keupayaan diri.
    4. Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
    5. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng
    kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
    6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan
    Kaunseling.
    7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

    IKRAR PRS

    Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan
    teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan
    Sebaya (PRS ) sesi _____.

    1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta
    amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
    2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
    3. Berusaha menjadi pelajar contoh.
    4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
    5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
    6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

    SENARAI TUGAS PRS

    1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
    sekeliling.
    2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan
    perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
    3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
    4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
    seperti membuat rujukkan jika perlu.
    5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
    dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
    6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
    7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
    Berasa selesa dan berimpati.
    8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
    9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
    sebelum membuat keputusan.
    10. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah
    positif.
    11. Mematuhi etika kerahsiaan.
    12. Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
    13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
    biasa/normal.
    14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
    Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar
    melalui pengalamannya.
    15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain
    supaya melibatkan diri.
    16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
    Membantu.