Monday 6 February 2012

AHLI PSIKOLOGI

Ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkenaan dengan kelakuan manusia. Ia merupakan suatu sains dan menggunakan pengetahuan berkenaan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.
Keterangan Tugas
 Merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal dan sifat yang lain seperti kecerdasan, kebolehan bakat, potensi dan sebagainya, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat;
 Menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu;
 Mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan;
 Mengekalkan hubungan yang perlu seperti dengan ahli keluarga, pihak berkuasa pendidikan atau majikan serta mencadangkan penyelesaian dan pengendalian yang munasabah terhadap sesuatu masalah;
 Mengkaji faktor psikologi dalan diagnosis, rawatan serta pencegahan penyakit mental dan gangguan emosi atau personaliti serta berbincang dengan professional yang berkaitan;
 Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
 Menyelia pekerja lain
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
 Ahli Psikologi, Klinikal
 Ahli Psikologi, Pendidikan
 Ahli Psikologi, Pekerjaan
Ciri-Ciri Peribadi
Terdapat ruang dalam bidang tersebut untuk mereka yang memiliki ciri-ciri peribadi dan kemahiran yang pelbagai. Seorang yang suka pada konsep-konsep dan penyelesaian matematik boleh menceburi cabang psikometrik. Sebaliknya, mereka yang peka terhadap hubungan perseorangan mungkin terdorong untuk bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah emosi. Sekiranya anda menggabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat yang mendalam terhadap kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin terbuka untuk anda. Walaupun terdapat banyak pilihan, ahli psikologi mesti memiliki ciri-ciri berikut:
 Minat terhadap orang dan kelakuan mereka.
 Stabil secara emosi dan matang
 Kemahiran berkomunikasi yang baik
 Sedia bekerja secara berkumpulan
 Kefahaman mengenai pengkaedahan saintifik dan statistik
 Menghormati kerahsiaan klien
 Menyukai keagamaan, berdikari, kebebasan dan pembuatan keputusan
 Berfikir secara kreatif dan mampu menyelesaikan masalah
 Tahap kepintaran yang tinggi
 Tajam dan pemerhatian dan berkaedah
 Rasa ingin tahu dan adil
 Peka dan prihatin
 Kesabaran dan kecekalan
Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam :Gaji PermulaanRM 1419.00
ETPRM 165.00
EKARM 170.00
Sektor Swasta :Gaji PermulaanSektor Swasta mengikut keadaan pasaran kerja semasa
Prospek Kerjaya
Di Sektor Awam ahli psikoligi boleh berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia, Pensyarah-pensyarah di universiti-universiti sebagai pakar pemulihan, Penyelidik, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Di Sektor Swasta ahli psikologi boleh bekerja di bidang pentadbiran dan pengurusan, perniagan dan perusahaan, pemasaran dan perhubungan awam, perjawatan, perkhidmatan kesihatan. Peluang dalam bidang psikologi di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah akan menjanjikan masa depan yang cerah, mereka boleh menubuhkan pusat penjagaan kesihatan mental, perunding pembangunan sumber manusia dan peluang mungkin bertambah apabila ahli psikologi mempertingkatkan kajian tentang kesan kemajuan teknologi di masa akan datang terhadap manusia.
Latihan
Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Adalah:
 Universiti Malaya
 Universiti Kebangsaan Malaysia
 Universiti Malaysia Sabah
Syarat-Syarat Kemasukan
Sekurang-kurangnya Gred D dalam kertas Am di peringkat STPM dan kepujian dalam matematik atau sains peringkat SPM.

No comments: