Wednesday 19 October 2011

Maklumat Unit Bimbingan & Kaunseling

PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


-> Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa
mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.

-> Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan
berdasarkan etika PRS.

DEFINISI

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam
bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai
seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka
yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang
peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela
serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

RASIONAL

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system
pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang
luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu
khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab
pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan
perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang
terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

->Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung
keperluan khidmat yang makin bertambah.

-> Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan
bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.

-> Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya
secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan kearah perlakuan
positif.

-> Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan
saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak
dinyatakan kepada orang dewasa.

FALSAFAH

“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan,
kemahiran, kreativiti dan keimanan.

VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang
dan berkualiti.

MISI

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing
Rakan Sebaya.

MATLAMAT

->Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan
pelajar.

->Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni
berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

->Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang
peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa
dalam masyarakat majmuk.

-> Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS
dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah
salahlaku dikalangan pelajar.

OBJEKTIF


1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi
akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan
PRS.

3. Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka
berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.

4. Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan
program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

ETIKA PRS


PRS perlu patuh kepada etika berikut:

1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3. Tahu batasan dan keupayaan diri.
4. Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
5. Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng
kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan
Kaunseling.
7. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

IKRAR PRS

Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS ) sesi _____.

1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta
amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
3. Berusaha menjadi pelajar contoh.
4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

SENARAI TUGAS PRS

1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukkan jika perlu.
5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
Berasa selesa dan berimpati.
8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.
10. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah
positif.
11. Mematuhi etika kerahsiaan.
12. Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
13. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.
14. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar
melalui pengalamannya.
15. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
16. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
Membantu.

No comments: