Monday, 6 February 2012

AHLI PSIKOLOGI

Ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkenaan dengan kelakuan manusia. Ia merupakan suatu sains dan menggunakan pengetahuan berkenaan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.
Keterangan Tugas
 Merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal dan sifat yang lain seperti kecerdasan, kebolehan bakat, potensi dan sebagainya, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat;
 Menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu;
 Mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan;
 Mengekalkan hubungan yang perlu seperti dengan ahli keluarga, pihak berkuasa pendidikan atau majikan serta mencadangkan penyelesaian dan pengendalian yang munasabah terhadap sesuatu masalah;
 Mengkaji faktor psikologi dalan diagnosis, rawatan serta pencegahan penyakit mental dan gangguan emosi atau personaliti serta berbincang dengan professional yang berkaitan;
 Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
 Menyelia pekerja lain
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
 Ahli Psikologi, Klinikal
 Ahli Psikologi, Pendidikan
 Ahli Psikologi, Pekerjaan
Ciri-Ciri Peribadi
Terdapat ruang dalam bidang tersebut untuk mereka yang memiliki ciri-ciri peribadi dan kemahiran yang pelbagai. Seorang yang suka pada konsep-konsep dan penyelesaian matematik boleh menceburi cabang psikometrik. Sebaliknya, mereka yang peka terhadap hubungan perseorangan mungkin terdorong untuk bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah emosi. Sekiranya anda menggabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat yang mendalam terhadap kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin terbuka untuk anda. Walaupun terdapat banyak pilihan, ahli psikologi mesti memiliki ciri-ciri berikut:
 Minat terhadap orang dan kelakuan mereka.
 Stabil secara emosi dan matang
 Kemahiran berkomunikasi yang baik
 Sedia bekerja secara berkumpulan
 Kefahaman mengenai pengkaedahan saintifik dan statistik
 Menghormati kerahsiaan klien
 Menyukai keagamaan, berdikari, kebebasan dan pembuatan keputusan
 Berfikir secara kreatif dan mampu menyelesaikan masalah
 Tahap kepintaran yang tinggi
 Tajam dan pemerhatian dan berkaedah
 Rasa ingin tahu dan adil
 Peka dan prihatin
 Kesabaran dan kecekalan
Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam :Gaji PermulaanRM 1419.00
ETPRM 165.00
EKARM 170.00
Sektor Swasta :Gaji PermulaanSektor Swasta mengikut keadaan pasaran kerja semasa
Prospek Kerjaya
Di Sektor Awam ahli psikoligi boleh berkhidmat di Jabatan Penjara Malaysia, Pensyarah-pensyarah di universiti-universiti sebagai pakar pemulihan, Penyelidik, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Di Sektor Swasta ahli psikologi boleh bekerja di bidang pentadbiran dan pengurusan, perniagan dan perusahaan, pemasaran dan perhubungan awam, perjawatan, perkhidmatan kesihatan. Peluang dalam bidang psikologi di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah akan menjanjikan masa depan yang cerah, mereka boleh menubuhkan pusat penjagaan kesihatan mental, perunding pembangunan sumber manusia dan peluang mungkin bertambah apabila ahli psikologi mempertingkatkan kajian tentang kesan kemajuan teknologi di masa akan datang terhadap manusia.
Latihan
Institut Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Adalah:
 Universiti Malaya
 Universiti Kebangsaan Malaysia
 Universiti Malaysia Sabah
Syarat-Syarat Kemasukan
Sekurang-kurangnya Gred D dalam kertas Am di peringkat STPM dan kepujian dalam matematik atau sains peringkat SPM.

PEMEGANG AMANAH RAYA

Keterangan Tugas
 Mentadbir harta simati atau harta yang diamanahkan kepada seseorang atau badan.
 Mengurus pelaburan bagi pihak pelanggan.
 Mengumpul maklumat mengenai milik harta benda serta tanggungan yang diamanahkan
 Menilai atau mendapat penilaian milik harta benda yang diamanahkan.
 Memohon surat warisan serta menentukan bahawa syarat-syarat di dalam sesuatu wasiat dipatuhi, cukai harta pusaka dibayar dan segala warisan diselesaikan.
 Menyedia akaun serta menyimpan rekod secara terperinci mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil
Ciri-Ciri Peribadi Sebagai Seorang Pemegang Amanah Raya
 Pandai mewujudkan hubungan antara individu.
 Sukakan suasana dan pekerjaan sosial.
 Suka menolong.
 Bertanggungjawab
 Saling memahami
Kelulusan Yang Diperlukan
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B)
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam :Gaji PermulaanRM 1513.00
ETPRM 165.00
EKARM 170.00
Sektor Swasta :Gaji PermulaanGaji mengikut pasaran semasa
Prospek Kerjaya
Peluang bagi jawatan pemegang amanah raya adalah terhad. Pekerjaan ini hanya terdapat di Perbadanan Amanah Raya yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya. Pekerjaan ini tidak wujud di Sektor Swasta.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:-
1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Kebengsaan Malaysia
3.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
4.  Universiti Teknologi MARA
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut :
1.  HELP Institute Sdn. Bhd.
2.  INTI College
3.  MSC Group Of Colleges
4.  Taylor’s College
Syarat-Syarat Kemasukan
Syarat minima yang diperlukan ialah kepujian dalam mata pelajaran English, Matematik dan 3 mata pelajaran di peringkat SPM atau yang setaraf atau
Mendapat 2 prinsipal di peringkat STPM atau yang setaraf.

PENYELIA INSURAN

Seseorang Penyelia Insurans merancang, mengatur dan membina pelbagai jenis perniagaan insurans (nyawa, kebakaran, kemalangan, pendidikan, rawatan, perubatan, perlindungan, kenderaan dan sebagainya) serta memandu dan menyelia kerja jurujual insurans.
Keterangan Tugas
 Membuat rancangan untuk memajukan perniagaan di sesuatu kawasan atau organisasi tertentu
 Membuat sesuatu rangka kerja bagi tiap-tiap ejennya
 Memberi panduan dan menyelia kerja-kerja harian mereka dengan menghubungi bakal pelanggan serta juga ejen-ejen mereka jika difikirkan perlu
 Merancang agar ejen bekerja secara sistematik dan proaktif terhadap pelanggan baru
 Merancang aktiviti promosi serta publisiti di kawasan-kawasan tertentu dengan memperkenalkan program-program baru yang dirancangkan oleh syarikat insurans
 Menentukan supaya perniagaan mencapai kejayaan maksimum
 Melaporkan kepada pihak atasan tentang kemajuan di kawasan atau organisasinya
 Menyiasat kes-kes tuntutan
 Mengambil, memilih dan melatih ejen-ejen baru dalam jualan insurans kepada pelanggan
 Mengekalkan perhubungan sosial dengan semua pihak-pihak yang berpengaruh di sesuatu kawasan
Ciri-Ciri Peribadi
 Harus mempunyai personaliti ang baik
 Bijak berkomunikasi, peramah, sangguh bergaul dengan orang ramai
 Bersifat jujur, amanah dan bertanggungjawab
 Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa
Kelulusan
Kelayakan minimum yang diperlukan ialah SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya. Calon SRP/PMR boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai 3 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan. Perlu menduduki peperiksaan dalam bidang insurans yang dianjurkan oleh Persatuan Insurans Awam Malaysia (PIAM) dan mengikuti latihan yang disediakan oleh pihak majikan.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam :Jawatan ini tidak ada dalam sektor awam.
Sektor Swasta:Gaji dibayar mengikut kelulusan/pengalaman dan pasaran semasa.
Mereka akan dibayar komisen dan ‘overiding’ ke atas perniagaan yang dijalankan oleh wakil-wakil insurans di bawahnya.
Prospek Kerjaya
Tidak ada batasan. Perusahaan insurans sedang berkembang pesat di Malaysia. Seseorang yang rajin dan bercita-cita tinggi boleh mendapat pendapatan yang lumayan dan boleh dinaikkan ke tingkatan yang lebih tinggi seperti pengurus insWakil Insurans (Jurujual)
Kebanyakan orang mengenali insurans melalui wakil/agen/jurujual. Ia merupakan orang tengah sebagai penghubung dalam perniagaan insurans. Jualan insurans amat bergantung pada wakil yang biasanya mendapat ganjaran melalui jumlah urusniaga yang dihasilkan. Tugas utama ialah menjual segala bentuk insurans seperti insurans nyawa, kemalangan, kebakaran, pendidikan, rawatan hospital, marin dan berbagai-bagai jenis insurans yang lain.
Keterangan Tugas
 Mengumpul senarai bakal pelanggan melalui perhubungan sosial dan perniagaan dengan menyemak buku panduan perniagaan dan professional
 Menemuduga bakal pelanggan dan menentukan minat dan keperluan insurans mereka
 Merancang dan mencuba menjual polisi baru kepada pelanggan
 Memberi penerangan mengenai cirri-ciri baru kadar premium, nilai tunai, pinjaman dan kemudahan lain
 Menentukan prosedur untuk pemeriksaan perubatan, pemeriksaan harta atau penentuan polisi yang lain
 Mencuba menjual polisi yang telah disemak jika pemohon terdahulu belum dijamin oleh syarikat
 Memberitahu syarikat tentang permohonan pelanggan bagi pembayaran gantirugi
 Mengutip premium bagi pihak syarikat serta menyimpan rekod yang dikehendaki
Pekerjaan Yang Dikelaskan Di Bidang Ini Diantaranya:-
 Jurujual Insurans Nyawa
 Jurujual Insurans Kebakaran
 Jurujual Insurans Pendidikan
 Jurujual Insurans Perubatan
 Jurujual Insurans Kenderaan
Ciri-Ciri Peribadi
 Berkemahiran berkomunikasi dengan pelanggan dan orang ramai
 Mempunyai inisiatif, kebijaksanaan, daya pujukan, analitik, bersistematik dan adil
 Berkebolehan mendesak secara lembut
 Mampu menyakinkan pelanggan
 Boleh menyelesaikan/berhujah masalah yang diutarakan oleh pelanggan
 Boleh bekerja dengan masa yang tidak menentu
 Berpakaian kemas, segak dan konservatif
Kelulusan
Sekurang-kurangnya lulus SPM/SPMV dan juga terbuka kepada para siswazah yang berminat. Boleh menjalankan tugas secara tetap atau sambilan.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Dibayar mengikut kadar komisyen dari jumlah polisi yang dapat dijual dalam tempoh sebulan.
Prospek Kerjaya
Di Malaysia peluang pekerjaan dalam industri ini amat cerah dan menggalakkan. Selain dari kewajipan undang-undang, orang ramai menyifatkan pemilikan polisi insurans sebagai satu keperluan tidak mengira keadaan ekonomi. Peluang adalah lebih baik bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan meminati kerja jualan dan juga boleh mendapat kepakaran dan pengalaman bagi meningkat ke jawatan yang lebih tinggi.