Monday, 6 February 2012

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.
Keterangan Tugas
 Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian dan perindustrian yang lain;
 Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim dan pembakaran dalaman, mesin, enjin bukan elektrik yang lain yang digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera lain;
 Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama, kerangka kapal, pesawat udara, kenderaan darat dan peralatan pesawat udara lain.
 Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem gantungan, brek, komponen-komponen lain;
 Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan, pengalihudaraan serta penyejukan;
 Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll;
 Menentukan dan memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja bagi mesin, jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan atau sistem perindustrian;
 Mewujudkan piawaian dan prosedur kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian berfungsi dengan cekap dan selamat;
 Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian yang sedia ada;
 Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan, produk atau menentukan proses;
 Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar lain yang berkaitan;
 Menyelia pekerja yang berkaitan.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:
 Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian
 Jurutera Kuasa Nuklear
 Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan
 Jurutera Kenderaan /Automotif
 Jurutera Mekanik/Aeronautik
 Jurutera Marin Dll
Ciri-Ciri Peribadi
 Mempunyai kebolehan akademik
 Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
 Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak
 Minat dalam keushawanan
 Ketepatan dalam kerja
 Kecenderungan kepada bidang mekanik
 Minat dalam proses-proses mekanik
 Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan
 Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik
 Boleh bekerja berpasukan secara berpasukan
 Mempunyai minda yang kreatif dan analitik
 Kemampuan dalam perincian, Dll.
Kelulusan
Ijazah Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam :Gaji PermulaanRM 1591.70
ETPRM 165.00
EKARM 170.00
Sektor Swasta :Gaji PermulaanRM 2500.00 - RM 8000.00
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.
Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.
Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan berkanun.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-
1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Kebangsaan Malaysia
3.  Universiti Teknologi Malaysia
4.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5.  Universiti Teknologi Mara
6.  Universiti Sains Malaysia
7.  Universiti Putra Malaysia
8.  Universiti Malaysia Sarawak
9.  Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10.  Kolej Tunku Abdul Rahman
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:-
1.  Universiti Tenaga Nasional
2.  Universiti Teknologi Petronas
3.  Universiti Multimedia Malaysia
4.  Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
5.  Institut Teknologi Pertama
6.  Kolej Ikram
7.  Inti College
8.  Kolej Linton
9.  L & G Twintech Institute Of Technology
10.  Sepang Institute Of Technology Dll
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

KEJURUTERAAN AWAM.

Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan.
Keterangan Tugas
 Menjalankan penyelidikan serta membangunkan teori dan kaedah yang baru;
 Memberi nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan, empangan, jalanraya, lapanganterbang, landasan keretapi, saluran paip gas/air, sistem pembuangan sampah, bangunan industri dll;
 Menentukan dan menetapkan kaedah, bahan dan kualiti piawaian binaan serta mengarahkan kerja pembinaan;
 Mewujudkan sistem kawalan untuk memastikan kecekapan fungsi struktur serta keselamatan dan perlindungan alam sekitar;
 Mengurus penghantaran bahan binaan, loji, peralatan dan buruh yang diperlukan bagi projek pembinaan;
 Mengenalpasti dan mentadbir kontrak serta mengesahkan kerja disiapkan mengikut jasfikasi yang ditetapkan;
 Mewujudkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-pakar yang berkaitan;
 Menyelia pengujian dan pertauliahan kerja yang telah disiapkan.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:
 jurutera awam
 jurutera awam pembinaan bangunan
 jurutera awam lebuh raya dan jalan raya
 jurutera awam geoteknik
 jurutera awam pembinaan jambatan
 jurutrra awam pengairan
 jurutera awam hidraulik
 jurutera awam kumbahan dan sanitari
Ciri-Ciri Peribadi
 Mempunyai kebolehan akademik
 Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah
 Kemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak
 Minat dalam keusahawanan
 Ketepatan dalam kerja
 Kecenderungan kepada bidang mekanik
 Minat dalam proses-proses mekanik
 Tidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai dorongan
 Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik
 Kerbolehan bekerja berpasukan
 Minda yang kreatif dan analitik
 Kemampuan dalam perincian.
Kelulusan
Ijazah dalam kejuruteraan awam
Gaji Dan Faedah-Faedah Lain
Sektor Awam :Gaji PermulaanRM 1591.70
ETPRM 165.00
EKARM 170.00
Sektor Swasta :Gaji PermulaanRM 1850.00 – RM 4856.00
Prospek Kerjaya
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan ke Jawatan Utama Sektor Awam.
Disektor swasta pula mereka boleh jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-
1.  Universiti Malaya
2.  Universiti Teknologi Malaysia
3.  Universiti Teknologi Mara
4.  Universiti Sains Malaysia
5.  Universiti Putra Malaysia
6.  Universiti Malaysia Sarawak
7.  Universiti Malaysia Sabah
8.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9.  Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10.  Kolej Tunku Abdul Rahman
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-
1.  Universiti Tenaga Nasional
2.  Adorna Institute Of Technology
3.  Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
4.  Institut Teknologi Pertama
5.  Inti College
6.  Kolej Ikram
7.  L & G – Twintech Institute Of Technology
8.  Sepang Institute Of Technology Dll
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan ATAU lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan..

Monday, 7 November 2011

Kerjaya Sebagai Arkitek




Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profesion yang diiktirafkan sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function & Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik beratkan rekabentuk persekitran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian mengenai persekitaran alam dan tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah.





Badang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik.




Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersam-sama dengan ahli-ahli iktisas yang lain bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah penyediaan pelan induk landskap, kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang mengambilkira perancangan keseluruhan pembangunan.




Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah landskap dan kawasan persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada, serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk digunapakai oleh Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti untuk dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan.




Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang baru berdasarkan kepada keperluan pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan pembangunan landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek.




Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang dan merekabentuk landskap kawasan-kawasan seperti berikut:

  • Perumahan / Kondominium
  • Pejabat / Perindustrian / Kompleks
  • Perdagangan
  • Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan
  • Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan
  • Kawasan tinggalan sejarah
  • Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong
  • Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang
  • Kawasan peranginan / pelancongan
  • Padang Golf / Kelab Golf
Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap lembut dan kejur. Diantaranaya seperti penggunaan tumbuh-tunbuhan, badan-badan air, lampu-lampu landskap, binaan batu tiruan, sistem pengairan,laluan pejalan kaki, mall, perabut landskap/ jalan/taman seperti bangku, tong sampah, alat-alat permainan, papan tanda / petunjuk arah; air terjun. Air pancut, wakaf, jambatan pejalan kaki dan sebagainya.





  • Analisis keperluan pelanggan
  • Analisis kebaikan dan kelemahan tapak projek
  • Membentuk pelan awal yang menepati keperluan pelanggan dan bersesuaian dengan tapak projek serta syarat-syarat yang ada
  • Perbincangan pelan awal dengan pelanggan
  • Membentuk pelan akhir dan lukisan kerja
  • Membuat permohonan untuk kelulusan pelan landskap dan lain-lain berkaitan kepada Pihak Berkuasa Tempatan
  • Membantu dalam penyediaan kontrak kerja
  • Menyediakan spesifikasi kerja-kerja landskap serta Bil of Quantity
  • Membantu pelanggan memilih kontraktor
  • Pengawasan kerja-kerja pembinaan
  • Membuat syor bagi pembayaran kepada kontraktor
  • Sijil Siap Kerja bagi pembinaan landskap.


Latihan Iktisas mandatori bagi seorang Arkitek Landskap (perlulah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf) termasuklah:
  • Prinsip-prinsip perancangan (Physical Planning)
  • Prinsip-prinsip Senibina (Architecture)
  • Prinsip-prinsip Senibina Landskap (Landscape Architecture)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk (Physical Design)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk Tanaman (Planting Design)
  • Prinsip-prinsip kejuruteraan (Basic Engineering)
  • Prinsip prinsip ukur tanah
  • Geologi dan Sains Tanah
  • Sains Tumbuhan
  • Ekologi
  • Biologi
  • Botani
  • Saliran dan Pengairan (Drainage dan Irrigation)
  • Sains Kemasyaratan (Social Science + Human/Animal Behavioral Science + Psycology)
  • Lukisan Teknikal
  • Dokumen Kontrak (Contract Documentation and Specification)
  • Amalan Iktisas
  • Latihan Praktikal